CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

my belog

my belog

Followers

Showing posts with label INFORMATION. Show all posts
Showing posts with label INFORMATION. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

JOURNAL 67# GANJIL KAH KITA?





-Gadis melayu berniqab, ganjil
-Gadis melayu menutup aurat sepenuhnya, ganjil
-Gadis melayu melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil
-Gadis melayu mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil
-Gadis melayu malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil
-Gadis melayu pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil
-Gadis melayu pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil
-Gadis melayu meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil
-Gadis melayu tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil
-Gadis melayu tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil? 
-Gadis melayu tak ‘couple’ sebelum nikah, ganjil
-Gadis melayu tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil
-Gadis melayu ganjil


Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
(H.R. Muslim)
 

Renung2 kan dan selamat beramal ;)


Adakah saya ganjil?? Belum layak ;'(




Gadis Melayu.
izzati xoxo ;)

Saturday, July 30, 2011

JOURNAL 58# PERSEDIAAN MENGHADAPI RAMADHAN

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Disini nak share 10 PERSEDIAAN UNTUK MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN ;)


1) BERDOA agar Allah swt memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadah dalam keadaan sihat walafiat. Rasulllah saw selalu berdoa, "Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaabaan serta datangilah kami kepada Ramadhan" . Bila telah masuk bulan Ramadhan pula, berdoalah "Kurniakanlah kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, keislaman dan berikanlah kepada kami taufiq dan hidayah agar mampu melakukan amalan yang Engkau cintai dan redhai"

2) BERSYUKUR dan pujian kepada Allah atas bulan Ramadhan yang diberikan. 

3) BERGEMBIRA lah dengan kehadiran bulan Ramadhan. Rasulullah saw selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadhan. "Telah datang pada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu, Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka" (H.R AHMAD)

4) RANCANG agenda kegiatan ketika di bulan Ramadhan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin.  Ramadhan sangat singkat. Oleh iotu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berpahala yangd apat membersihakan diri dan mendekatkan diri kepada yang -Esa.

5) BERTEKAD untuk mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah maka Allah akan membantunya untuk melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan perkara-perkara kebaikan. 

6) BELAJAR semua hukum-hukum amalan ibadah di bulan Ramadhan. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. 

7) SAMBUT Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan tabiat buruk. Ramadhan adalah bulan taubat.

8) SIAP kan jiwa dan rohani kita. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum dan hikmah puasa agar mental kita bersiap sedia untuk menghadapi bulan Ramadhan.

9) DAKWAH tidak kira samada secara sendirian atau kumpulan. Bahkan kata-kata yang berbentuk nasihat kepada rakan atau keluarga juga merupakan dakwah. Dakwahlah tentang isi dan keutamaan berpuasa.

10) SAMBUT lah kedatangan Ramadhan dengan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Manusia yang paling baik ialah manusia yang paling bermanfaat pada orang lain. 

Selamat Menyambut Ramadhan AL-Mubarrak ;)



Ikhlas,



Izzati
Xoxo

Tuesday, July 5, 2011

JOURNAL 50# Terapi Warna

Assalammualaikum & salam sejahtera.

Lama dah sebernanya nak post entry pasal terapi warna. Tapi asyik tak berkesempatan. Ni pun entah berapa lama simpan draft. Baru post :)
Pernah tak korang rasa macam moody semacam je kat tempat kerja?
Atau rasa kurang tenaga nak stadi/belaja??
Atau rasa lemau?

Jom, tengok pilihan warna untuk terapi mengikut kesesuaian hari :)

Dengan menggunakan beberapa peralatan canggih seperti Spectru Analyzer, kita dapat menentukan vibration visual light yang tersebar di atmosfera dalam sesuatu waktu atau keadaan .

Beberapa contoh penemuan saintifik adalah resonan warna terhadap sesuatu hari.

#Isnin --- Putih 


Mereka yang tidak cukup tidur pada malam sebelumnya (kerana hujung minggu) sering merasa letih dan tiada semangat untuk memulakan kembali rutin harian pada hari bekerja. Jika kita mempunyai rehat yang cukup, sepatutnya hari Isnin merupakan hari yang baik untuk mencetus idea baru, meransang semangat dan melahirkan azam baru. Warna putih adalah peransng kelenjar pineal dan kelenjar pituitari. Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya kita dalam keadaan yang relax.


*untuk memiliki baju putih seperti di atas, klik SINI :) 


#Selasa --- UNGU/MERAH JAMBU




Dengan berpakaian warna ungu, kuasa pujukan terhadap anak/ pelajar bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap orang yang sakit atau orang yang ingin membunuh diri :) Mereka yang mengalami migrain akan berasa sedikit selesa pada hari Selasa jika memakain pakaian berwarna ungu/merah jambu. Hari selasa juga hari yang paling sesuai meluahkan emosi,dan perasaan kasih sayang. Rawatan yang sesuai yang dijalankan pada hari Selasa ialah migrain, ADHD, hiperaktif :)


*nak kurung moden yang cantik untuk raya nanti?? Klik SINI 


#Rabu --- biru




Warna Biru ialah warna peransang kelenjar tiroid. Pada hari Rabu didapati paras hormon thyroxine  yang dirembeskan oleh kelenjar tiroid berada pada tahap maximum. Paras thyroxine yang optimum membolehkan segala yang dihajati akan dapat diluahkan dengan berkesan. Oleh itu, hari Rabu sesuai untuk mesyuarat, perhimpunan, bersidang dan sebagainya :)


#Khamis --- Oren/Kuning


Warna kuning ialah warna ransangan sistem penghadaman dan warna oren ialah warna kesuburan.
Pada hari Khamis dinasihatkan agar tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang kepada sistem penghadaman untuk menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Barangkali, mungkin ini lah sebabnya kita digalakkan untuk berpuasa sunat setiap hari isnin dan KHAMIS. 
Warna oren meransang sistem kesuburan lelaki dan wanita. Oleh itu, hari Khamis ialah hari terbaik untuk merancang zuriat yang sihat :)


#Jumaat --- Hijau




Warna hijau boleh meransang tenaga untuk memberi fungsi kepada jantung dan paru-paru. Biasanya hari lain kita akan berasa lemas apabila berada di tempat awam yangsesak. Tetapi, pada hari Jumaat (solat Jumaat), jarang mendengar orang merungut kerana sesak di masjid atau pasar malam. 


#Sabtu --- merah




Organ yang berwarna merah banyak memberi peranan yang penting kepada tubuh, contohnya; darah, usus, dan saraf. Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersisial, dan menjalankan aktiviti rekreasi. Warna merah boleh memberikan keceriaan kepada si pemakai.


#Ahad --- Hitam


Hari Ahad ialah hari beristirehat :) Luangkanlah masa bersama keluarga tercinta. Melakukan aktiviti lasak akan memudaratjkan tubuh badan. Memandangkan hari Ahad mempunyaio pergerakan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam adalah sesuai untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada gelombang asing yang boleh memudaratkan.




*Pakaian tidak semestinya pada satu warna sahaja. Boleh dikenakan mengikut citarasa, tetapi dominankan warna yang resonan pada hari tersebut. Bagi wanita, shawl/tudung yang mennyamai hari tersebut juga sudah memadai :) Semoga kita dapat menjalani hidup dengan lebih ceria tanpa masalah emosi/mental yang semakin berleluasa!



Saturday, April 16, 2011

JOURNAL 34# Kisah Pengembara Islam Yang Tiada Tandingannya

Anda mungkin minat melancong? Tapi pernah melancong seorang diri? Kalau ya, tahniah!
Saya juga pernah menyimpan impian untuk mengembara mengelilingi dunia.. Macam mana nak mengelilingi dunia? Kalau Sarawak pun belum habis pusing?? ehehhehehe

Korang kenal Ibnu Battuta? Mungkin familiar ngan nama kan? Tapi, kalau korang nak tau Ibnu Battuta merupakan seorang tokoh pelayaran yang sangat terkenal.

”Aku tinggalkan Tangier, kampung halamanku, pada Khamis 2 Rajab 725 H/ 14 Jun 1325 M. Pada masa itu usiaku baru 21 tahun empat bulan. Tujuanku adalah menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci di Makkah dan berziarah ke makam Rasulullah SAW di Madinah,” tulis Ibnu Battuta - pengembara dan penjelajah Muslim terhebat di dunia — membuka pengalaman perjalanan panjangnya dalam buku catatannya, Rihla. 


Ibnu Battutah banyak memberi sumbangan kepada bidang pelayaran semenjak zaman dulu lagi. Korang bayangkan, beliau sanggup berjauhan dari ibu bapa dan keluarga beliau semata-mata untuk mencari ilmu. Padahal dahulu, mana ada kereta, kapal terbang dan sebagainya??


Semoga kita dapat merenung kisah Ibnu Battuta.


*Semoga suatu hari nanti saya juga dapat mengelilingi dunia, mengembara mencari ilmu seperti beliau ^__^


much love, izzati ^__^


Tuesday, March 1, 2011

JOURNAL 30# KANAK-KANAK ISTIMEWA

Assalammualaikum & Selamat petang..

WAhhhhh!! Ahernya SCREAMIX a.k.a kotak hitam dah pulih!!
Sekarang, dah boleh berbelog seperti biasa, berbisnes seperti biasa, beremel seperti biasa, bertweet seperti biasa, bergoogled seperti biasa, dan berasignment seperti biasa :D

Yipie! Jika rasa gembira tepuk tangan (clap*clap)
Jika rasa gembira beginilah caranya, jika rasa gembira tepuk tangan..

Ok, stop!
Sekarang ni nak cerita pasal kanak-kanak sindrom down.



Down syndorm adalah suatu keadaan kromosom di mana terdapat salinan tambahan pada kromosom 21. Kejadian sindrom down dianggarkan 1 daripada 733 kelahiran. 



Individu dengan sindorm down cenderung memiliki IQ yang rendah, rambut jarang dan lurus, muka leper, mata kecil, lidah tebal, leher pendek, cuping telinga tidak sempurna, masalah pertuturan, dan garisan simian pada telapak tangan.


Tapi, apa yang istimewanya, individu sindrom down ni sangat manja, kreatif dan sangat mempercayai orang yang menyayanginya.

Ni, salah seorang daripada pelajar saya, Sharen
comel kan? makanan kegemaran Sharen mi goreng dan gula-gula hacks :)

Kanak-kanak sindrom down jugak suka kalerpul.. 


Ni Sharen yang lukis
Ni pulak Ain yang lukis..

Walaupun penet mulut ajar, guna satu warna je contohnye, air warna biru, cheese warna kuning, kotak susu warna hijau, sure diorang akan buat muka selamba, kaler warna-warni jugak.. Haiiih :)MyEm0.Com

Ok, itu je.. Selamat malam






 
Much love, izzati ^__^

Korang suka kalerpul, click LIKE

Sunday, February 20, 2011

JOURNAL 26# DAH NYANYUK KE?

Hai semua
Assalammualaikum & Selamat petang

Pernah tak korang rasa seperti korang hilang ingatan?

Situasi 1 : Mula-mula korang nak ambil balacan dalam peti ais. Tapi, bila dah bukak peti ais, korang lupa niat asal korang nak ambik apa.

Situasi 2 : Tengah-tengah bersiap, dapat phone call dari boss suruh pergi site. Then, korang letak la handphone tu dalam korang punya beg. Bila dah bersiap, korang lupa pulak mana korang letak phone

Situasi 3 : Bila nak pergi ke kedai, mula gelabah cari kunci kereta, padahal kunci kereta kat tangan korang.

Situasi 4 : Tengah2 syok buat assignments, korang letak kertas dalam file. 10 minit kemudian, bila nak refer kertas tu balik, korang cari kat merata tempat. Padahal dalam file je pun..

Situasi 5 : Pergi ke kedai nak beli kicap. Sampai je kat kedai, lupa apa nak beli. Last-last beli keropok

Pernah tak korang mengalami situasi-situasi seperti di atas?? Jika ya, korang memang ada penyakit..
Penyakit lupa ingatan jangka masa pendek atau dalam bahasa omputih, short term memory loss..

Atau basa scientifik nya, AMNESIA, iaitu memori hilang atau terganggu. Punca? Faktor fizikal ; seperti gangguan mental, dyslexia & stress. Masalah kemurungan juga merupakan punca amnesia. Ade 2 jenis amnesia. Anterograde amnesia &  retrograde amnesia.
Kita mungkin mengalami anterograde amnesia jika kita lupa sesuatu perkara walaupun selepas beberapa minit. Kerana, data tidak berjaya dipindahkan ke memori jangka panjang dengan baik. Manakala, retrograde amnesia adalah amnesia yang bersifat kekal. Tetapi, memori yang hilang berjaya diingati selepas amnesia pulih.

Langkah-langkah mengatasi?? Ok, ini hanya idea saya . Mungkin kita patut hidup dengan lebih happy, maksud nya kurangkan stress dan kemurungan. Atau bekerja dengan lebih sistematik, seperti menulis 'list-to-do' atau melabelkan buku-buku/file mengikut tajuk.

Tapi, untuk lebih selamat, anda perlu berjumpa dengan doktor. Dapatkan nasihat dari mereka. Sekiranya ditahap serius, anda boleh mendapat penyakit ALZHEIMER.

Anda juga digalakkan untuk tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Untuk mencergaskan otak dan membantu memori jangka pendek anda.

Jika anda sedih tentang kehilangan memori jangka pendek anda, anda boleh menonton filem, untuk mengingati watak dan plot dalam cerita tersebut. Kemudian , menontonnya seminggu atau dua bulan sekali untuk mengetaui sejauh mana anda mengingati cerita tersebut.

Contoh filem/cerita yang berkaitan dengan memori jangka pendek adalah seperti 50 FIRST DATE dan FINDING NEMO..

Ok, jom tengok video finding nemo yang cute kat bawah ni


So, paham apa yang say cuba terangkan??
Sediakan payung sebelum hujan :)

Okbai, semoga selepas ini anda tidak akan lupa apa yang anda baca. Heheheh

Much love,


xoxo, izzati ^__^

Klik like kalau korang dalam kategori short-term-memory seperti SAYA! :)