CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

my belog

my belog

Followers

Showing posts with label EMOSI. Show all posts
Showing posts with label EMOSI. Show all posts

Thursday, October 20, 2011

JOURNAL 74# Dont sleep away this night my baby


Don't sleep away this night my baby... 
Please stay with me at least 'till dawn... 
It hurts to know another hour has gone by... 
And every minute is worthwhile...
Oh, I love you...


                                                                  - Daniel Saluheka-

Wednesday, September 21, 2011

HEARTBEAT 3 #wordless wednesday

Assalammualaikum wbt ;) salam 1 malaysia

Malam :






Siang :

Bangun pagi, nothing happened!

Yeah. saya tahu. saya tabah. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.
Setiap kejadian ada sebab nya.
Mungkin selama ni tak ckp matang untuk membuat keputusan, tapi saya belajar dari kesilapan.
Saya manusia yang lemah. Paling takut pada kenangan.


xOxO

Saturday, September 17, 2011

HEARTBEAT

You hurt me ;'(

Thursday, September 15, 2011

JOURNAL 68# Haruskah DiUji Kesetiaan?

Assalammualaikum dan selamat malam!! ;)

Setia?? Susah ke nak setia? Susah ke nak stick kat satu pasangan je??
Macam mana nak setia? Macam mana kita nak tahu pasangan kita setia kalau dah pasangan kita tu jauh beribu batu? Harus ke setia?

S.E.T.IA tak semestinya dalam bercinta ;)
Setia pada Allah swt. Bagaimana? Melakukan segala suruhanNya, sentiasa mengingatiNya, Melakukan amal semata-mata kerana Nya
Setia pada ibu bapa. Bagaimana? Aruk dan taat pada perintah mereka. Tidak meninggi suara. Membalas segala jasa mereka. Tidak melupakan mereka sekiranya kita sudah berjaya. Menjaga mereka jika mereka tiada kudrat.
Setia pada kawan? Bagaimana? Jangan cakap belakang. Harus ada jika mereka memerlukan kita

Tetapi....
Haruskah kesetiaan di uji??
Dan, tidak di nafikan kesetiaan merupakan salah satu faktor yang penting dalam percintaan yang akan membawa kebahagiaan dalam rumah tangga hingga ke akhir hayat ;)
Tetapi bagaimana untuk setia? Jika kita sendiri merasakan bahang-bahang perpisahan itu? Atau kita merasakan partner kita menipu kita? Atau sudah tidak ada perasaan kasih dan sayang?
Sebernanya (pendapat saya) apa yang penting adalah kejujuran. Tanpa jujur, perhubungan tidak akan bertahan lama.

Kisah kesetiaan yang paling memukau dalam sejarah


"Demi Allah, tidak ada ganti yang lebih baik dari dia, yang beriman kepadaku saat semua orang ingkar, yang percaya kepadaku ketika semua mendustakan, yang mengorbankan semua hartanya saat semua berusaha mempertahankannya dan darinyalah aku mendapatkan keturunan."
Begitulah Rasulullah SAW menggambarkan kepribadian Siti Khadijjah r.a., isteri pertamanya. Seorang isteri sejati, muslimah yang dengan segenap kemampuan diri berkorban demi kejayaan Islam.

Kecintaan Khadijah bukanlah sekadar kecintaan kepada suami, sebaliknya yang jelas adalah berlandaskan keyakinan yang kuat tentang keesaan Allah SWT. Segala pengorbanan untuk suaminya adalah ikhlas untuk mencari keridlaan Allah SWT. Allah Maha Adil dalam memberi rahmat-Nya. Setiap amalan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan pasti mendapat ganjaran yang kekal. Itu termaktub dalam firman-Nya :
Barang siapa yang mengerjakan amalan saleh, baik lelaki maupun wanita dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan. (Q.S. An-Nahl: 97)
Sumber : abatasa.com

xoxo,
Mencuba untuk setia,
izzati


Friday, July 29, 2011

JOURNAL 57# JIWA SEKENTAL HARIMAU MALAYA 2

Assalammualaiakum kakak2 abang2 makcik pakcik nenek kaum kerabat

We all know the result. We dissapointed, we frustrated.
Tapi, itu tidak mematahkan kami untuk terus menyokong Harimau Malaysia ;)

Kalah menang adat pertandingan. Tapi, menang biar bermaruah ok
SingaporeLions sangatlah banyak drama, asyik2 nak jatuh, sekejap migrain la, (nasib baik bukan barah otak), sekejap sakit perut, sekejap sakit mata. Ohhh! plizzzla!

And yes, a bit gossip here (i hate gossip actually. Tapi, bila dah melibatkan maruah negara ni pantang bebenor nak elak) hiksss :D

(Sumber : twitter)
Please click the picture untuk zoom k
Tweethandle @Hidayah17 tu adalah isteri kepada keeper singapore.
So, taknak komen pepanjang, karang fikir sendiri.

Ape korang rasa?


Love Malaysia <3,
Izzati
Xx

Tuesday, July 5, 2011

JOURNAL 50# Terapi Warna

Assalammualaikum & salam sejahtera.

Lama dah sebernanya nak post entry pasal terapi warna. Tapi asyik tak berkesempatan. Ni pun entah berapa lama simpan draft. Baru post :)
Pernah tak korang rasa macam moody semacam je kat tempat kerja?
Atau rasa kurang tenaga nak stadi/belaja??
Atau rasa lemau?

Jom, tengok pilihan warna untuk terapi mengikut kesesuaian hari :)

Dengan menggunakan beberapa peralatan canggih seperti Spectru Analyzer, kita dapat menentukan vibration visual light yang tersebar di atmosfera dalam sesuatu waktu atau keadaan .

Beberapa contoh penemuan saintifik adalah resonan warna terhadap sesuatu hari.

#Isnin --- Putih 


Mereka yang tidak cukup tidur pada malam sebelumnya (kerana hujung minggu) sering merasa letih dan tiada semangat untuk memulakan kembali rutin harian pada hari bekerja. Jika kita mempunyai rehat yang cukup, sepatutnya hari Isnin merupakan hari yang baik untuk mencetus idea baru, meransang semangat dan melahirkan azam baru. Warna putih adalah peransng kelenjar pineal dan kelenjar pituitari. Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya kita dalam keadaan yang relax.


*untuk memiliki baju putih seperti di atas, klik SINI :) 


#Selasa --- UNGU/MERAH JAMBU




Dengan berpakaian warna ungu, kuasa pujukan terhadap anak/ pelajar bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap orang yang sakit atau orang yang ingin membunuh diri :) Mereka yang mengalami migrain akan berasa sedikit selesa pada hari Selasa jika memakain pakaian berwarna ungu/merah jambu. Hari selasa juga hari yang paling sesuai meluahkan emosi,dan perasaan kasih sayang. Rawatan yang sesuai yang dijalankan pada hari Selasa ialah migrain, ADHD, hiperaktif :)


*nak kurung moden yang cantik untuk raya nanti?? Klik SINI 


#Rabu --- biru




Warna Biru ialah warna peransang kelenjar tiroid. Pada hari Rabu didapati paras hormon thyroxine  yang dirembeskan oleh kelenjar tiroid berada pada tahap maximum. Paras thyroxine yang optimum membolehkan segala yang dihajati akan dapat diluahkan dengan berkesan. Oleh itu, hari Rabu sesuai untuk mesyuarat, perhimpunan, bersidang dan sebagainya :)


#Khamis --- Oren/Kuning


Warna kuning ialah warna ransangan sistem penghadaman dan warna oren ialah warna kesuburan.
Pada hari Khamis dinasihatkan agar tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang kepada sistem penghadaman untuk menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Barangkali, mungkin ini lah sebabnya kita digalakkan untuk berpuasa sunat setiap hari isnin dan KHAMIS. 
Warna oren meransang sistem kesuburan lelaki dan wanita. Oleh itu, hari Khamis ialah hari terbaik untuk merancang zuriat yang sihat :)


#Jumaat --- Hijau




Warna hijau boleh meransang tenaga untuk memberi fungsi kepada jantung dan paru-paru. Biasanya hari lain kita akan berasa lemas apabila berada di tempat awam yangsesak. Tetapi, pada hari Jumaat (solat Jumaat), jarang mendengar orang merungut kerana sesak di masjid atau pasar malam. 


#Sabtu --- merah




Organ yang berwarna merah banyak memberi peranan yang penting kepada tubuh, contohnya; darah, usus, dan saraf. Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersisial, dan menjalankan aktiviti rekreasi. Warna merah boleh memberikan keceriaan kepada si pemakai.


#Ahad --- Hitam


Hari Ahad ialah hari beristirehat :) Luangkanlah masa bersama keluarga tercinta. Melakukan aktiviti lasak akan memudaratjkan tubuh badan. Memandangkan hari Ahad mempunyaio pergerakan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam adalah sesuai untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada gelombang asing yang boleh memudaratkan.




*Pakaian tidak semestinya pada satu warna sahaja. Boleh dikenakan mengikut citarasa, tetapi dominankan warna yang resonan pada hari tersebut. Bagi wanita, shawl/tudung yang mennyamai hari tersebut juga sudah memadai :) Semoga kita dapat menjalani hidup dengan lebih ceria tanpa masalah emosi/mental yang semakin berleluasa!



Tuesday, May 10, 2011

what i want rite now -___-

u know wat i mean :(
rite now, tetiba pulak rasa sedih. entah kenapa.
"saya stress, saya ok"
"halfway to crazy"

Tuesday, February 22, 2011

JOURNAL 28# BILA EMOSI MENGATASI JIWA

Assalammualaikum & Hye..MyEm0.Com

Selamat malam.. Bila emosi mengatasi jiwa?? Contoh nya, bila korang rasa sangat mengantuk, letih , nak marah.
Itula dipanggil 'bila emosi mengatasi jiwa'..

Seperti saya sekarang MyEm0.Com
Rasa sangat letih tau!!

Korang buat apa???

Much Love,





izzati ^__^

please share macam mana korang mengatasi emosi korang keh!

Tq