CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

my belog

my belog

Followers

Showing posts with label BERAMAL. Show all posts
Showing posts with label BERAMAL. Show all posts

Tuesday, September 13, 2011

JOURNAL 67# GANJIL KAH KITA?





-Gadis melayu berniqab, ganjil
-Gadis melayu menutup aurat sepenuhnya, ganjil
-Gadis melayu melabuhkan tudung menutupi dada mereka, ganjil
-Gadis melayu mengenakan pakaian longgar dan besar, ganjil
-Gadis melayu malu untuk keluar bersama bukan mahram, ganjil
-Gadis melayu pakai stoking kaki ke mana-mana walau mandi bersama kawan-kawan di laut, ganjil
-Gadis melayu pakai stoking tangan walau dah mengenakan t-shirt lengan panjang, ganjil
-Gadis melayu meninggalkan orang yang sedang gosip dan mengata orang lain walaupun yang sedang mengata itu kawan baiknya, ganjil
-Gadis melayu tidak mengenakan mekap berlebihan, ganjil
-Gadis melayu tidak memakai perfume kecuali sekadar sangat sedikit dan tidak terhidu orang lain, ganjil? 
-Gadis melayu tak ‘couple’ sebelum nikah, ganjil
-Gadis melayu tak materialistik dan memilih kehidupan untuk taat kepada agama, ganjil
-Gadis melayu ganjil


Sabda Rasulullah s.a.w: “Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
(H.R. Muslim)
 

Renung2 kan dan selamat beramal ;)


Adakah saya ganjil?? Belum layak ;'(




Gadis Melayu.
izzati xoxo ;)

Wednesday, August 10, 2011

JOURNAL 63# TAZKIRAH PENDEK

Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik... Ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka kedekut
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
mana tahu
yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
mana tahu
yang senyum itu kerana bersedekah
mana tahu
yang masam itu kerana mengenangkan dosa
mana tahu
yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
mana tahu
yang ceria itu kerana cergas cerdasnya
Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya
kayu dimakan api…
Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan
yang boleh kita  buat.
Semuanya bergantung bagaimana kita melihatny
a.

Renung renungkan dan selamat beramal ;)

Love,
xoxo
izzati








Saturday, July 30, 2011

JOURNAL 58# PERSEDIAAN MENGHADAPI RAMADHAN

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Disini nak share 10 PERSEDIAAN UNTUK MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN ;)


1) BERDOA agar Allah swt memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadah dalam keadaan sihat walafiat. Rasulllah saw selalu berdoa, "Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaabaan serta datangilah kami kepada Ramadhan" . Bila telah masuk bulan Ramadhan pula, berdoalah "Kurniakanlah kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, keislaman dan berikanlah kepada kami taufiq dan hidayah agar mampu melakukan amalan yang Engkau cintai dan redhai"

2) BERSYUKUR dan pujian kepada Allah atas bulan Ramadhan yang diberikan. 

3) BERGEMBIRA lah dengan kehadiran bulan Ramadhan. Rasulullah saw selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadhan. "Telah datang pada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu, Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka" (H.R AHMAD)

4) RANCANG agenda kegiatan ketika di bulan Ramadhan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin.  Ramadhan sangat singkat. Oleh iotu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berpahala yangd apat membersihakan diri dan mendekatkan diri kepada yang -Esa.

5) BERTEKAD untuk mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah maka Allah akan membantunya untuk melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan perkara-perkara kebaikan. 

6) BELAJAR semua hukum-hukum amalan ibadah di bulan Ramadhan. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. 

7) SAMBUT Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan tabiat buruk. Ramadhan adalah bulan taubat.

8) SIAP kan jiwa dan rohani kita. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum dan hikmah puasa agar mental kita bersiap sedia untuk menghadapi bulan Ramadhan.

9) DAKWAH tidak kira samada secara sendirian atau kumpulan. Bahkan kata-kata yang berbentuk nasihat kepada rakan atau keluarga juga merupakan dakwah. Dakwahlah tentang isi dan keutamaan berpuasa.

10) SAMBUT lah kedatangan Ramadhan dengan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Manusia yang paling baik ialah manusia yang paling bermanfaat pada orang lain. 

Selamat Menyambut Ramadhan AL-Mubarrak ;)



Ikhlas,



Izzati
Xoxo

Monday, January 24, 2011

JOURNAL 4#AKU , BEN ASHAARI dan ELEE MARDIANA

Mari membaca sambil beramal :)

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima

Mohd. Syah Abdul Razak, 23 tahun yang menderita akibat disula oleh Roslan Imun dek kerana nafsu songsangnya.. Dia telah menyula Mohd. Syah menggunakan sebatang kayu sepanjang 0.51 meter hingga ke paras halkum. Akibat kejadian hitam 11 tahun yang lalu itu, Mohd. Syah mengalami kecacatan kekal pada dubur dan pundi kencingnya.. Jadi, bantuan untuk pembiayaan kos perubatan sangat diperlukan.. KLIK SINI untuk membaca berita penuh..


Mohd. Syah Abdul Razak, 23 tahun yang menderita akibat disula oleh Roslan Imun dek kerana nafsu songsangnya.. Dia telah menyula Mohd. Syah menggunakan sebatang kayu sepanjang 0.51 meter hingga ke paras halkum. Akibat kejadian hitam 11 tahun yang lalu itu, Mohd. Syah mengalami kecacatan kekal pada dubur dan pundi kencingnya.. Jadi, bantuan untuk pembiayaan kos perubatan sangat diperlukan.. KLIK SINI untuk membaca berita penuh..

Elee Mardiana, seorang penulis novel mengambil keputusan untukmenderma seluruh royalti daripada 4 buah novel beliau. Novel tersebut adalah :





Dan, berita baik untuk warga Kuching.. Buku-buku tersebut boleh di dapati di My Bookstore di

Lot 234, Jalan Haji Taha
93400 Kuching, Sarawak.
Telefon: 082-416606 / 082-429157

Mari kita membaca sambil beramal..
Insya-Allah :)


ok, bai


xoxo,
izzati ^__^