CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

my belog

my belog

Followers

Monday, January 31, 2011

JOURNAL 8#WEEKEND YANG AWESOME

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia :)
Hai semua :) Entry ni dah agak lama kot.Tak sempat menyempat nak post.Huhuhu kesian kan? Buzywoman nih?Kalo la ada 4 tangan (ish ish ish Nauzubillah, syukur la dik oii)

Ok, hujung minggu yang lalu, weekend saya sungguh seronok kerana penuh dengan aktiviti yang maha hebat bersama en.bff(boypren merangkap teman gaduh, teman mengadu, dan bestfrend). Dialah lelaki dalam hidup saya selain abah dan adik2 lelaki ^__^

Mula-mula kitorg pegi Padungan dan Pending.Untuk survey harga vaccum la, cleaner la,Ni untuk tender cleaner. Ish ish ish en .boypren ni hujung kinggu pun masih ingat kerja. Then, kitorg pergi Boulevard, jalan2, pegi MPH dan lunch kat KENNY ROGERS, idaman ku selalu :)

Lepas perut kembung, jalan2 sampai habis pusing 1 boulevard, dan sampai terbazir duit kat kedai baju, kitorg pergi The Spring.. Mula2 rasa bnak minum STARBUCKS, tapi tak jadi sebab perut dah penuh (&buncit) shhh :)

Jalan2 sebab tujuan utama nak cari sandal. Pegi NOSE. Tapi tak jumpa yang berkenan.. Uhuhu.. Pastu kitorg pun ambik keputusan nak tgk wayang. Dah lama giler tak tgk wayang hokkeyy!! Banyak cerita termiss tengok :( Kitorg tengok FASTER. Kesian kan?Orang lain sibuk nak tgk GREEN HORNET, kitog tengok cerita lama..heheh Sambil tunggu wayang, kitaorg jalan2 terjumpa la 1 kedai, GASOLINE.

En boypren : Jum try minum.. 
Saya : Tunjuk mata bersinar2

Kitorg order ice blended & thai wings . Not bad la.. Sedap! Especially my drinks, nama nya Incredible hulk..hehhe Chommeyl kan? Nama ice blended semua nama cartoon. En. boypren pulak order aik Tarzan. Budget nak jadi tarzan la konon.ehehhe :)
Cerita Faster pun ok.Seronok. Penuh dengan aksi :) Saya bagi 4 starr kat movie tuh!

Pastu, abis tengok wayang..teruskan dengan sesi menghantar baju2 customer chocobeau :) Penat jugak la. Ada yang sesat, Salah size la..Haihhh!! izzati, Izzati :( Nape la tak double cex?

Pastu, hari dah malam dalam kol 8 mcm tuh, baru teringat ngan agenda utama weekend ni ! Iaitu, gunting rambut!Pusing2 Tabuan, semua kedai dah tutp. Then pegi Satok, semua saloon dah tutup jugak..Aissh! Kecewa.

Last2 dua2 letih :( Tapi still seronok. Yelah lama tak dating. Sekarang ni baru saya tahu macam mana orang yang tengah bercinta dalam JARAK JAUH..

Kitorg order set 1/4 ngan side dishes..Heheh tapi tak ingat la pulak nak ambik gambar makanan sebelum makan. Tapi ice blended tuh serius sedapp! 


 Kat GASOLINE.. Restaurant ni tema dia cartoon. Comel. Makan kat sini pun tenang je. Yang ice blended hijau tu, INCREDIBLE HULK. Yang ade pisang tu pulak, TARZAN.

  Cerita FASTER :)


Lastly, kitorg makan kat Kubah Ria. Muka kepenatan. Kesian kan kitorg :( tsk tsk tsk


Ni muka sedih sebab semua saloon tutup :(

Esok nya kitorg jumpa lagi.. Ngeh ngeh ngeh. Sekejap je pun.. Tak sampai 2 jam. Tapi kitorg sempat makan kat Chilipepers satok. Untuk makan tengah hari, sapa nak lauk2 yang maha sedap, saya recommend Chilipepers :)

Dia saya punya ok!
en boypren tengah memakai baju souvenier dari Sabah. Tq sayang ! =)

Okbai.
xoxo,

izzati ^__^ 


Thursday, January 27, 2011

JOURNAL 7# ANDA PENGGEMAR GREEN TEA?

Anda penggemar GREEN TEA? Kalo bukan, it the rite place bebeh! Hehe :)
Saya semestinya meminati GREEN TEA sejak dari azali lagi..apatah lagi CHINESE GREEN TEA & JASMINE GREEN TEA..
Tapi, saya tahu ramai yang di luar sana tidak menggemari  GREEN TEA kerana rasa yang agak pahit & tawar.
Yeke?Tapi bau GREEN TEA wangi ape!
Kalau saya bagi gula-gula atau chewing gum tak sah kalo orang tak tanya "GREEN TEA" ke? Sebab kalo GREEN TEA, diorang tak makan..

Hurmm, tapi tahukah anda GREEN TEA mempunyai 1001 khasiat?Antara produk GREEN TEA yang ada di pasarandan yang pernah saya cuba, minum atau makan :



Banyak lagi kot :)
Sila google :)

Tapi the best GREEN TEA adalah ORIGINAL GREEN TEA
Antara keistimewaan GREEN TEA


  1. Mengurangkan tekanan darah tinggi. Green Tea rencat angiotensin II yang boleh meningkatkan tekanan darah.
  2. Mengurangkan aras gula darah. GreenTea Polyphenols dan polysaccharides dalam Green Tea dengan berkesan menurunkan aras gula dalam darah.  
  3. Melawan Barah. Banyak kajian saintifik telah menunjukkan yang catechins Green Tea berkesan menghalang barah.  
  4. Menguatkan system imun. Kerana ia mengandungi polyphenols dan flavenoids pada kepekatan yang tinggi.  
  5. Menurunkan Aras Kolestrol. 
  6. Antioksidan dalam Green Tea telah dibuktikan menurunkan Kolestrol. 
  7. Galak pembakaran lemak

Ini memang jelas terbukti!
Selain  itu, sesiapa yang sedang berdiet, GREEN TEA bakal menjadi rakan karib anda :) Tetapi, semestinya GREEN TEA yang tanpa atau kurang gula.
Buktinya, saya lah..ehehe :)
Bukan berdiet, cuma berusaha untuk maintain kan berat badan yang seimbang...


Jadi, cintailah GREEN TEA!!




Okbai


xoxo,
izzati ^_^

Wednesday, January 26, 2011

JOURNAL 6# QUICK ENTRY

Takde entry pon.huwahauahhaa :)

Tapi hari ni sangat penat. Tak tau kenapa. Maybe sebab selepas panjat pokok, pas tu pusing halaman rumah 5 kali, pastu kena kejar sampai lari 3 pusingan..Hahaha (hyperbola sahaja)

Macam ni la..Macam rupa penguin nih!
Sangat2 penat ok..

Time menulis eh silap menaip ni pon mulut besa gilerr.. Nasib baik takda lalat..

Tapi..
.........
..............
.....................
..............................
.....................................
.................................................
............................................................
.......................................................................
......................................................................................
.........................................................................................................
............................................................................................................................
............................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................
.................................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................................


Bila tengok gambar ni hati saya sejuk..eh eh apa kaitan (padahal mengantuk bukan marah)
Ok serius, hati jadi sejuk.. Sejuk sebab tgk air tu mcm sejuk kan?
Heheh mata pun segar. Besar. Terus bersemangat nak buat kerja. Kumpul duit nak pegi sini.. Mana lagi, Kalo bukan VENICE??

InsyaAllah..Tak salah kan pasang angan-angan..Tapi bukan angan-angan mat jenin k..


Okbai

xoxo,
izzati ^__^

Tuesday, January 25, 2011

JOURNAL 5#RELATIONSHIP TIPS


Relationship tip: Don’t keep your girl waiting.

Don’t keep her waiting. If you’ve told her that you’ll be there to see her then you better be there to see her. When you tell her that she expects you to arrive at her doorstep and greet her with a big kiss and a long hug. If you don’t then of course she will worry. Give her what she expects if possible. You may just might make the relationship that much stronger. Don’t keep her waiting. If you’re running late or ran into some problems then be straight up and tell her. Don’t be ignorant and not reply to her texts/calls. Take the extra minute to let her know that you’re running late and she’ll give you the extra comfort and care you expect as well.

SOURCES : nuyulhuda's tumblr
ok bai

xoxo,
izzati ^__^

Monday, January 24, 2011

JOURNAL 4#AKU , BEN ASHAARI dan ELEE MARDIANA

Mari membaca sambil beramal :)

Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima

Mohd. Syah Abdul Razak, 23 tahun yang menderita akibat disula oleh Roslan Imun dek kerana nafsu songsangnya.. Dia telah menyula Mohd. Syah menggunakan sebatang kayu sepanjang 0.51 meter hingga ke paras halkum. Akibat kejadian hitam 11 tahun yang lalu itu, Mohd. Syah mengalami kecacatan kekal pada dubur dan pundi kencingnya.. Jadi, bantuan untuk pembiayaan kos perubatan sangat diperlukan.. KLIK SINI untuk membaca berita penuh..


Mohd. Syah Abdul Razak, 23 tahun yang menderita akibat disula oleh Roslan Imun dek kerana nafsu songsangnya.. Dia telah menyula Mohd. Syah menggunakan sebatang kayu sepanjang 0.51 meter hingga ke paras halkum. Akibat kejadian hitam 11 tahun yang lalu itu, Mohd. Syah mengalami kecacatan kekal pada dubur dan pundi kencingnya.. Jadi, bantuan untuk pembiayaan kos perubatan sangat diperlukan.. KLIK SINI untuk membaca berita penuh..

Elee Mardiana, seorang penulis novel mengambil keputusan untukmenderma seluruh royalti daripada 4 buah novel beliau. Novel tersebut adalah :





Dan, berita baik untuk warga Kuching.. Buku-buku tersebut boleh di dapati di My Bookstore di

Lot 234, Jalan Haji Taha
93400 Kuching, Sarawak.
Telefon: 082-416606 / 082-429157

Mari kita membaca sambil beramal..
Insya-Allah :)


ok, bai


xoxo,
izzati ^__^

JOURNAL 3#QUICK REVIEW BOUT MY JOB

Teaching special kids with special education is my job now :)


"Mengenali dan mendekati kanak-kanak istimewa ini yang sering kali menyentuh perasaan dan hati kita semua dan mereka perlu diberikan perhatian dan kasih sayang yang istimewa tidak seperti kanak-kanak normal yang biasa kita dekati.."

Kategori orang kurang upaya

Terdapat enam kategori orang kurang upaya yang turut melibatkan kanak-kanak, iaitu:
  • Kurang Upaya Pendengaran - termasuk pekak dan bisu.
  • Kurang Upaya Penglihatan - termasuk rabun, buta.
  • Kurang Upaya Fizikal - iaitu kecacatan anggota badan misalnya penyakit polio, kudung, distrofi otot, dan sebagainya.
  • Celebral Palsy - meliputi hemiplegia(sebelah badan), diplegia(kedua belah kaki), dan kuadriplegia(kedua-dua belah tangan dan kaki)
  • Masalah Pembelajaran - lewat perkembangan bagi kanak-kanak berusia bawah tiga tahun; Sindrom Down, autisme, ADHD, terencat akal(berusia lebih tiga tahun), dan masalah lain seperti disleksia, disgrafia, diskakulia, dan lain-lain.
  • Lain-lain menurut diagnosis perubatan yang merangkumi semua masalah kurang upaya.
Kanak-kanak ini memerlukan rawatan, bimbingan, bantuan, dan perhatian khusus daripada orang di sekeliling mereka. Janganlah kita menyisihkan mereka. Bantulah sedaya upaya kita kerana mereka mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri.







 What do you do..when its happen to your son?
............

your daughter?
...........

your family?
..........

your friends?
..........


Tell me what do you see when you look at this child or person?
A tragedy of misfortune?

or 
.........
....
..
.

A life defiled?

Before you looked at your fears, and not at the child, Let me tell you what I see right from the start..

I see it's a GIFT from GOD.
They bring me joy, laughter & bliss.



" I tried to teach them with books, They give me only puzzled looks"
" I tried to teach them with words, they passed by often unheard"
"Despairingly, I turned aside, 'How shall i teach this children?' I cried"

"Into my hand, he put the key, 'Come' he said 'play with me' "




Enjoy the video! Thanks :)

Ok bai

xoxo, izzati ^__^

Saturday, January 22, 2011

JOURNAL 2#SAY HI TO MONDAY



Hepy SUNDAY y'all :)

Alamak..esok MONDAY >.<
Selalu nya ramai yang rasa malas nak pegi keja, pegi kelas, apabila menjelang MONDAY. Kenapa? Sebab maybe hujung minggu adalah untuk hari bermalas-malasan (rehat, spending masa dengan keluarga). Jadi, energy untuk pegi bekerja kurang..

SO DO I!! Kalau boleh nak mengelak je ari Isnin kan?Tapi apa boleh buat??
Tapi untuk esok, betol2 rasa malas nak pegi kerja?? Y?? sebab saya DEMAM!!

OOhhh sungguh tak larat. Hari ni pun tak berapa nak productive. :(
Selalunya hujung minggu, masa untuk saya mengemas stock2 baju, checking email dan memasak.
Tapi hari ni semua kerja terbengkalai..

Jadi , macam mana nak meningkatkan motivasi untuk menghadapi hari esok?
Selalunya, saya akan

............................
...............
.......
..
.
.
.

Pakai baju yang berwarna ceria. Ini boleh meningkat kan lagi 'energy level' kita supaya tidak berasa MALAS, MENGANTUK dan 'HOLIDAY MOOD'
Dilarang mengenakan baju berwarna gelap. Malah pakar motivasi pun pernah kot bagitau kalau nak tingkatkan produktif kerja, pakai baju yang ceria :)

Yang paling penting juga, TIDO AWAL. Supaya boleh bangun awal. Dan, bersedia dari segi mental dan fizikal. Malam2 saya selalu berfikir dan bercakap dalam hati " Esok pergi kerja mesti bes!!" Terpulang kepada anda nak imagine apa..Mungkin ada yang berfikir " esok nak pegi jumpa lelaki hensem" Cmfirm, terus bersemangat untuk bangun keesokan harinya.. Hehehe

Rasanya itu je kot.. 

Babai

xoxo, 
izzati :)

JOURNAL 1#weekend yang bosan

Sungguh jelas lagi bersuluh entry ini :)
Saya bukan seorang yang bosan untuk di dampingi..eheheh tetapi weekend saya sungguh B.O.S.A.N... kerana "terpaksa" berdepan dengan laptop untuk menyiapkan assignments2  yang tertunggak..Maka, dengan kebosanan ini, wujudlah belog yang di beri nama WARNA-WARNI HIDUP SAYA.. Sebelum ni, bukan malas nak berbelog, cuma malas nak menaip..heheh..Tetapi, selepas kedatangan tahun baru 2011, alhamdullilah rasanya hidup ini terlalu indah. Jadi nak share kat semua org. Dunia ni untuk semua kan? Dunia ni bukan kita yang punya tetapi Allah s.w.t :)
Sesiapa yang mengenali saya, semestinya mengetahui belogshop yang diberi nama CHOCOBEAU (eh, perasan!macam la semua org tahu)...

Ok kepada yang tidak tahu, saya juga mempunyai belogshop :)
Sila KLIK untuk singgah :)

Dan, rasanya belum terlambat kalau nak wish ....

Semoga tahun 2011 kita semua akan lebih memperolah kejayaan & kebahagiaan ..

Sebelum tu, jom imbas apa yang berlaku kat tahun 2010 ^__^


Bukan saya yang bertunang atau kawen, tetapi ..
(sungguh gemmmuk kan saya tahun lepas??**)


My second sista, Anie 

Then, my 1st sista, kak iedah pulak yang kawen :)


tema adalah : gong xi fa cai :)

ada online blogshop :)
alhamdullilah

MAC : ditawarkan menjadi guru sandaran kelas PKBP (kelas bermasalah pembelajaran) sk abang aing, sri aman
Alhamdullilah, rezeki mencurah-curah bagai koko tertumpah ke ladang gandum. Setelah 2 kali bertukar kerja (di Kuching), akhirnya menjadi cikgu.Rezeki. At first, i was thinking "patutke aku ambik keja ni" , " layak ke aku jd cikgu?" ..Tapi, selepas berfikir 55 kali, atas banyak sebab, akhirnya saya mengambil cabaran itu demi menyahut seruan wawasan 2020..eheheh(apa kaitan??) Sesungguhnya menjadi guru bukan lah tugas yang mudah. APATAH LAGI, menjadi guru untuk kelas orang kurang upaya (OKU) .
Setiap hari merupakan cabaran..YES! I LOVE CHALLENGES! Tetapi, bukan cabaran sebegini :(

Lama-kelamaan, im fell in love with my job from head to toe. Walaupun kadang2 merasakan mau berteriak sepanjang hari, tetapi, rasa menangis melihat keadaan mereka tetap ada. 
I love them so much :)





Suratan atau kebetulan?? >.<

okeh..Penat mau menulis. Biarlah gambar bercerita








Namun, ada benda yang tak besssh berlaku.. MILAH, kucing kesayangan saya hilang :(

OKTOBER : Sekali lagi TERPAKSA membuat keputusan yang sukar.
Ditawarkan untuk KPLI-KDC(PENDIDIKAN KHAS). Maksudnya, bukan KPLI sepenuh masa.Hanya belajar ketika cuti sekolah.. (OH no!!SO where is my holiday?????) :( At first, tak nak datang interbiu. Tapi atas desakan keluarga dengan niat 'mencuba sahaja' ahernya pegi intebiu dengan hati yang berbaur macam2. Ada gelisah, takut dan selamba... selamba??cissshh penat aku menghafal segala macam visi pendidikan, NKRA, falsafah pendidikan tapi satu pun soalan tak di tanya :(

ok.. maybe tak da rezeki..(hahha padahal engkau suka kan kalau tak terpilih)

Tapi........





Here i am.. Saya antara yang terpilih..wahahahhaha :)
syukur alhamdullilah.rezeki lagi.. Memang suratan ke rezeki saya memang seorang cikgu a.k.a PENDIDIK??
Jadi, dengan terpilih nya mengikuti KPLI-KDC ni, tugas saya sebagai pendidik akan berstatus TETAP :) weehooo...Dulu, bukan main lagi tak nak kerja dengan kerajaan..so sekarang haaa hambek kau!!Padan muka..Berkhidmat la untuk negara demi wawasan 2020

SURATAN ATAU KEBETULAN ??

Kursus ni akan tamat taun 2012. Tak sabar!Kursus dah mula pada bulan Nov yang lepas. Jumpa rakan-rakan baru. Seronok.
Semoga akan dapat ber'grade' dengan cemerlang. Dengan syarat, saya tidak MENGANDUNG sepanjang kursus..hhahahah :) Mengandung anak kucing boleh kot! 

Jadi, untuk melepaskan geram kerana ketiadaan cuti, (sebulan belajar) tibalah masanya untuk bercuti! weeehhhooo..
pegi sabah oh yeah!tak la jauh sangat.bukannya bali atau krabi pon..Tapi, kepuasan yang penting occay!













Dan rasanya perkara paling sedih yang berlaku tahun 2010 ialah, kucing saya mati! :'(
sangat sedih sampai rasa tak nak pegi kelas (time musim belajar), tak nak makan dan rasa mau demam


i miss my chika


and my rani






ok bai 


xoxo
izzati ^__^