CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

my belog

my belog

Followers

Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

JOURNAL 48#AYAM PENYET SPECIAL

Assalammualaikum dan selamat petang :B
Seperti biasa.. aktiviti hujung minggu adalah untuk mengasah bakat dalam memasak.. hheheheh

Menu Ahad (19June 2011)
---> Ayam Penyet Simple

 Ayam direbus sehingga empuk.
p/s : air rebusan ayam jangan di buang . Kalo rajin, boleh guna untuk masak nasi ayam :)


Perap ayam dengan 4 ulas bawang putih, 6 ulas bawang merah, halia, 2 sudu besar ketumbar, sedikit garam, sesudu kunyit dan 1 sudu kecil serbuk jintan putih

p/s : Perap selama 30 minit

Goreng ayam sehingga garing dalam rendaman minyak


Sambal belacan :
Segengam ikan bilis, 3 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah, belacan, 10 biji cili kering dan 5 biji cili padi
Setelah lumat (boleh guna blender), campur dengan air asam jawa

Tadaaaaaa....................

Selamat menjamu selera :)

Daun tu adalah pucuk bandung. 
Sup adalah hasil rebusan ayam tadi. Cuma tambahkan garam secukup rasa dan sup bunjut. :)

p/s : Selamat Hari Bapa 2011.
Abah, i may love a lot of men in the future. Someday, i will get married to someone out there.
But, in the end, let me remind you that no matter what happen, u will always be the best guy for me!
Love you till forever ends :)




Your daughter, izzati ^___^

Friday, March 25, 2011

JOURNAL 32# AKTIVITI HUJUNG MINGGU

Hye...

Happy weekend!
Hari ni hari mengasah bakat dalam bidang masakan lagi :)


Tadaaaa!!!

Ikan merah masak stim halia with markisa!!


Enyou ur weekend :)

Saturday, February 19, 2011

JOURNAL 25# MAKAN SAMPAI LEBAM

Assalammualaikum & Selamat Tengah hari..
Korang pernah rasa bosan tak kerana menghadap makanan yang sama setiap hari. Setiap hari makan Maggi, setiap hari makan sup ayam Apa kata cuba resipi baru..

IKAN PANGGANG MODEN!!
Bahan-bahan :
Ikan kembung/Ikan tenggiri
Perencah Ikan bakarADABI
Daun pisang/Aluminium Foil

Bahan-bahan air asam :
Bawang besar
Cili padi
Garam
Gula
Paste asam jawa ADABI
Air 3/4 cawan

Cara membuat ikan panggang:
1) Basuh ikan bersih-bersih
2) Peram ikan dengan perencah ikan bakar ADABI selama 8 minit
3) Bungkus dalam daun pisang. Kalo malas nak cari daun pisang, guna aluminium foil pun boleh
4) Panaskan kuali pemanggang. Dan letak sedikit mentega (guna minyak pun boleh)
5) Panggang ikan.

Cara membuat air asam :
1) Ambil satu sudu besar paste asam jawa dan gaulkan dengan air sehingga sebati
2) Masukkan bawang besar, cili, sedikit gula dan garan sebagai perisa.
3) Boleh di makan bersama ikan panggang

Tadaa!

Sedia untuk dijamu..

Tapi, untuk lebih sedap, korang try guna ikan kembung.

Ni perencah ikan bakar yang dimaksudkan :D

Okbai, semoga korang berhujung-minggu dengan indah :)

Much love,

 
xoxo ^__^

Click LIKE kalau korang dalam kategori suka makan

Thursday, February 3, 2011

JOURNAL 12#BROWNIES KEK YANG SIMPLE

Salam semua :) Selamat Hari Jummat, penghulu segala hari :)
Semalam, atas desakan keluarga, akhirnya saya berjaya membuat brownies chocolate yang sering menjadi idaman semua orang.. Hehehhe..Knapa idaman semua orang? Sebab :

  1. Dulu2, time study kat UPM, selalu buat brownies cokelat ni & bagi kat kawan2 hostel Diorang kata sedap. And, kalau cuti sem, balik Swak, cmfirm diorg pesan soh bwk brownies choc ni balik UPM
  2. Kalo tetiba rasa nak makan kek cokelat, brownies ni pilihan yang tepat :) Simple & senang je nak buat
  3. Family suka makan. Buktinya, buat je licin.. Buat je licin
Kan ke idaman semua orang kalau mcm tuh?? Hehehe

Ok, so kali nih nak share ngan semua resepi nih k.. Kali korang nak la ^_^

Bahan-bahan:
110gm mentega
150gm gula perang
2 biji telur
60gm serbuk koko
125 ml susu rendah lemak
180 gm tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik

Untuk topping : 250gm coklat masakan dan sedikit susu rendah lemak

Cara-cara membuat :
  1. Putar mentega & gula serta masukkan telur sebiji- sebiji berselang -seli dengan tepung dan bahan yang lain
  2. Tuang adunan dalam acuan yang disapu denagn mentega & bakar dalam ketuhar selama 30 minit , denagn suhu 180.
  3. Cairkan cokelat(double boiling) dan masukkan susu suam
  4. Tuang cokelat di atas brownies dah sejukkan.
  5. Sedia untuk di makan 
Tadaaa :) Simple kan??
Sangat mudah & praktikal

Habis je letak dalam acuan, jangan membazir. Ape lagi, jilat lah!!Hahah
Sedap!


Spread the love!
Selamat menjamu selera :)


Okbai

xoxo,
izzati ^__^