CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

my belog

my belog

Followers

Sunday, June 19, 2011

JOURNAL 48#AYAM PENYET SPECIAL

Assalammualaikum dan selamat petang :B
Seperti biasa.. aktiviti hujung minggu adalah untuk mengasah bakat dalam memasak.. hheheheh

Menu Ahad (19June 2011)
---> Ayam Penyet Simple

 Ayam direbus sehingga empuk.
p/s : air rebusan ayam jangan di buang . Kalo rajin, boleh guna untuk masak nasi ayam :)


Perap ayam dengan 4 ulas bawang putih, 6 ulas bawang merah, halia, 2 sudu besar ketumbar, sedikit garam, sesudu kunyit dan 1 sudu kecil serbuk jintan putih

p/s : Perap selama 30 minit

Goreng ayam sehingga garing dalam rendaman minyak


Sambal belacan :
Segengam ikan bilis, 3 ulas bawang putih, 5 ulas bawang merah, belacan, 10 biji cili kering dan 5 biji cili padi
Setelah lumat (boleh guna blender), campur dengan air asam jawa

Tadaaaaaa....................

Selamat menjamu selera :)

Daun tu adalah pucuk bandung. 
Sup adalah hasil rebusan ayam tadi. Cuma tambahkan garam secukup rasa dan sup bunjut. :)

p/s : Selamat Hari Bapa 2011.
Abah, i may love a lot of men in the future. Someday, i will get married to someone out there.
But, in the end, let me remind you that no matter what happen, u will always be the best guy for me!
Love you till forever ends :)




Your daughter, izzati ^___^

1 comments:

Dakjaat

HAMAGAD! SAMBAL BELACAN! dah la time pantang camtok ngidam benda2 gatal gya.. ish2...

Post a Comment