CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

my belog

my belog

Followers

Tuesday, July 5, 2011

JOURNAL 50# Terapi Warna

Assalammualaikum & salam sejahtera.

Lama dah sebernanya nak post entry pasal terapi warna. Tapi asyik tak berkesempatan. Ni pun entah berapa lama simpan draft. Baru post :)
Pernah tak korang rasa macam moody semacam je kat tempat kerja?
Atau rasa kurang tenaga nak stadi/belaja??
Atau rasa lemau?

Jom, tengok pilihan warna untuk terapi mengikut kesesuaian hari :)

Dengan menggunakan beberapa peralatan canggih seperti Spectru Analyzer, kita dapat menentukan vibration visual light yang tersebar di atmosfera dalam sesuatu waktu atau keadaan .

Beberapa contoh penemuan saintifik adalah resonan warna terhadap sesuatu hari.

#Isnin --- Putih 


Mereka yang tidak cukup tidur pada malam sebelumnya (kerana hujung minggu) sering merasa letih dan tiada semangat untuk memulakan kembali rutin harian pada hari bekerja. Jika kita mempunyai rehat yang cukup, sepatutnya hari Isnin merupakan hari yang baik untuk mencetus idea baru, meransang semangat dan melahirkan azam baru. Warna putih adalah peransng kelenjar pineal dan kelenjar pituitari. Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya kita dalam keadaan yang relax.


*untuk memiliki baju putih seperti di atas, klik SINI :) 


#Selasa --- UNGU/MERAH JAMBU




Dengan berpakaian warna ungu, kuasa pujukan terhadap anak/ pelajar bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap orang yang sakit atau orang yang ingin membunuh diri :) Mereka yang mengalami migrain akan berasa sedikit selesa pada hari Selasa jika memakain pakaian berwarna ungu/merah jambu. Hari selasa juga hari yang paling sesuai meluahkan emosi,dan perasaan kasih sayang. Rawatan yang sesuai yang dijalankan pada hari Selasa ialah migrain, ADHD, hiperaktif :)


*nak kurung moden yang cantik untuk raya nanti?? Klik SINI 


#Rabu --- biru




Warna Biru ialah warna peransang kelenjar tiroid. Pada hari Rabu didapati paras hormon thyroxine  yang dirembeskan oleh kelenjar tiroid berada pada tahap maximum. Paras thyroxine yang optimum membolehkan segala yang dihajati akan dapat diluahkan dengan berkesan. Oleh itu, hari Rabu sesuai untuk mesyuarat, perhimpunan, bersidang dan sebagainya :)


#Khamis --- Oren/Kuning


Warna kuning ialah warna ransangan sistem penghadaman dan warna oren ialah warna kesuburan.
Pada hari Khamis dinasihatkan agar tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang kepada sistem penghadaman untuk menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Barangkali, mungkin ini lah sebabnya kita digalakkan untuk berpuasa sunat setiap hari isnin dan KHAMIS. 
Warna oren meransang sistem kesuburan lelaki dan wanita. Oleh itu, hari Khamis ialah hari terbaik untuk merancang zuriat yang sihat :)


#Jumaat --- Hijau




Warna hijau boleh meransang tenaga untuk memberi fungsi kepada jantung dan paru-paru. Biasanya hari lain kita akan berasa lemas apabila berada di tempat awam yangsesak. Tetapi, pada hari Jumaat (solat Jumaat), jarang mendengar orang merungut kerana sesak di masjid atau pasar malam. 


#Sabtu --- merah




Organ yang berwarna merah banyak memberi peranan yang penting kepada tubuh, contohnya; darah, usus, dan saraf. Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersisial, dan menjalankan aktiviti rekreasi. Warna merah boleh memberikan keceriaan kepada si pemakai.


#Ahad --- Hitam


Hari Ahad ialah hari beristirehat :) Luangkanlah masa bersama keluarga tercinta. Melakukan aktiviti lasak akan memudaratjkan tubuh badan. Memandangkan hari Ahad mempunyaio pergerakan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam adalah sesuai untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada gelombang asing yang boleh memudaratkan.




*Pakaian tidak semestinya pada satu warna sahaja. Boleh dikenakan mengikut citarasa, tetapi dominankan warna yang resonan pada hari tersebut. Bagi wanita, shawl/tudung yang mennyamai hari tersebut juga sudah memadai :) Semoga kita dapat menjalani hidup dengan lebih ceria tanpa masalah emosi/mental yang semakin berleluasa!



0 comments:

Post a Comment