CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

my belog

my belog

Followers

Sunday, February 20, 2011

JOURNAL 26# DAH NYANYUK KE?

Hai semua
Assalammualaikum & Selamat petang

Pernah tak korang rasa seperti korang hilang ingatan?

Situasi 1 : Mula-mula korang nak ambil balacan dalam peti ais. Tapi, bila dah bukak peti ais, korang lupa niat asal korang nak ambik apa.

Situasi 2 : Tengah-tengah bersiap, dapat phone call dari boss suruh pergi site. Then, korang letak la handphone tu dalam korang punya beg. Bila dah bersiap, korang lupa pulak mana korang letak phone

Situasi 3 : Bila nak pergi ke kedai, mula gelabah cari kunci kereta, padahal kunci kereta kat tangan korang.

Situasi 4 : Tengah2 syok buat assignments, korang letak kertas dalam file. 10 minit kemudian, bila nak refer kertas tu balik, korang cari kat merata tempat. Padahal dalam file je pun..

Situasi 5 : Pergi ke kedai nak beli kicap. Sampai je kat kedai, lupa apa nak beli. Last-last beli keropok

Pernah tak korang mengalami situasi-situasi seperti di atas?? Jika ya, korang memang ada penyakit..
Penyakit lupa ingatan jangka masa pendek atau dalam bahasa omputih, short term memory loss..

Atau basa scientifik nya, AMNESIA, iaitu memori hilang atau terganggu. Punca? Faktor fizikal ; seperti gangguan mental, dyslexia & stress. Masalah kemurungan juga merupakan punca amnesia. Ade 2 jenis amnesia. Anterograde amnesia &  retrograde amnesia.
Kita mungkin mengalami anterograde amnesia jika kita lupa sesuatu perkara walaupun selepas beberapa minit. Kerana, data tidak berjaya dipindahkan ke memori jangka panjang dengan baik. Manakala, retrograde amnesia adalah amnesia yang bersifat kekal. Tetapi, memori yang hilang berjaya diingati selepas amnesia pulih.

Langkah-langkah mengatasi?? Ok, ini hanya idea saya . Mungkin kita patut hidup dengan lebih happy, maksud nya kurangkan stress dan kemurungan. Atau bekerja dengan lebih sistematik, seperti menulis 'list-to-do' atau melabelkan buku-buku/file mengikut tajuk.

Tapi, untuk lebih selamat, anda perlu berjumpa dengan doktor. Dapatkan nasihat dari mereka. Sekiranya ditahap serius, anda boleh mendapat penyakit ALZHEIMER.

Anda juga digalakkan untuk tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Untuk mencergaskan otak dan membantu memori jangka pendek anda.

Jika anda sedih tentang kehilangan memori jangka pendek anda, anda boleh menonton filem, untuk mengingati watak dan plot dalam cerita tersebut. Kemudian , menontonnya seminggu atau dua bulan sekali untuk mengetaui sejauh mana anda mengingati cerita tersebut.

Contoh filem/cerita yang berkaitan dengan memori jangka pendek adalah seperti 50 FIRST DATE dan FINDING NEMO..

Ok, jom tengok video finding nemo yang cute kat bawah ni


So, paham apa yang say cuba terangkan??
Sediakan payung sebelum hujan :)

Okbai, semoga selepas ini anda tidak akan lupa apa yang anda baca. Heheheh

Much love,


xoxo, izzati ^__^

Klik like kalau korang dalam kategori short-term-memory seperti SAYA! :)

0 comments:

Post a Comment