CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

my belog

my belog

Followers

Saturday, July 30, 2011

JOURNAL 58# PERSEDIAAN MENGHADAPI RAMADHAN

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Disini nak share 10 PERSEDIAAN UNTUK MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN ;)


1) BERDOA agar Allah swt memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadah dalam keadaan sihat walafiat. Rasulllah saw selalu berdoa, "Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaabaan serta datangilah kami kepada Ramadhan" . Bila telah masuk bulan Ramadhan pula, berdoalah "Kurniakanlah kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, keislaman dan berikanlah kepada kami taufiq dan hidayah agar mampu melakukan amalan yang Engkau cintai dan redhai"

2) BERSYUKUR dan pujian kepada Allah atas bulan Ramadhan yang diberikan. 

3) BERGEMBIRA lah dengan kehadiran bulan Ramadhan. Rasulullah saw selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadhan. "Telah datang pada kalian bulan Ramadhan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu, Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka" (H.R AHMAD)

4) RANCANG agenda kegiatan ketika di bulan Ramadhan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin.  Ramadhan sangat singkat. Oleh iotu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berpahala yangd apat membersihakan diri dan mendekatkan diri kepada yang -Esa.

5) BERTEKAD untuk mengisi waktu-waktu Ramadhan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah maka Allah akan membantunya untuk melaksanakan agenda-agendanya dan memudahkannya melaksanakan perkara-perkara kebaikan. 

6) BELAJAR semua hukum-hukum amalan ibadah di bulan Ramadhan. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadhan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. 

7) SAMBUT Ramadhan dengan tekad meninggalkan dosa dan tabiat buruk. Ramadhan adalah bulan taubat.

8) SIAP kan jiwa dan rohani kita. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum dan hikmah puasa agar mental kita bersiap sedia untuk menghadapi bulan Ramadhan.

9) DAKWAH tidak kira samada secara sendirian atau kumpulan. Bahkan kata-kata yang berbentuk nasihat kepada rakan atau keluarga juga merupakan dakwah. Dakwahlah tentang isi dan keutamaan berpuasa.

10) SAMBUT lah kedatangan Ramadhan dengan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Manusia yang paling baik ialah manusia yang paling bermanfaat pada orang lain. 

Selamat Menyambut Ramadhan AL-Mubarrak ;)



Ikhlas,



Izzati
Xoxo

Friday, July 29, 2011

JOURNAL 57# JIWA SEKENTAL HARIMAU MALAYA 2

Assalammualaiakum kakak2 abang2 makcik pakcik nenek kaum kerabat

We all know the result. We dissapointed, we frustrated.
Tapi, itu tidak mematahkan kami untuk terus menyokong Harimau Malaysia ;)

Kalah menang adat pertandingan. Tapi, menang biar bermaruah ok
SingaporeLions sangatlah banyak drama, asyik2 nak jatuh, sekejap migrain la, (nasib baik bukan barah otak), sekejap sakit perut, sekejap sakit mata. Ohhh! plizzzla!

And yes, a bit gossip here (i hate gossip actually. Tapi, bila dah melibatkan maruah negara ni pantang bebenor nak elak) hiksss :D

(Sumber : twitter)
Please click the picture untuk zoom k
Tweethandle @Hidayah17 tu adalah isteri kepada keeper singapore.
So, taknak komen pepanjang, karang fikir sendiri.

Ape korang rasa?


Love Malaysia <3,
Izzati
Xx

Thursday, July 28, 2011

JOURNAL 56 # JIWA SEKENTAL HARIMAU MALAYA

Salam dan selamat malam uolls ;)
Ni nak cerita skit berita hangat. Bukan sebab #HarimauMalaya.. hehehe, ok tu cerita kedua.
Tapi, hari ini adalah sangat challenging dan sangat menguji keimanan dan hati nurani.. eceec :D

Nak tau kenapa???


Yessss.. pagi tadi saya adalah seperti gambar di atas, kecuali memakai baju kurung moden batik, and pakai shawl.. Hahahahah. Why? Im not in any race ok, cuma terkejar dengan student yang maha nakal.. Adoiii! Penat nya.. Kalo join pertandngan lumba lari yang pakai heels tu cmfirm kalah ;(

Entah kenapa la 2 org student yang maha nakal tu hari ni tetiba 'datang angin'. Tengah2 belajar boleh pulak lari keluar kelas (tak berkasut) sampai la nak ke gate utama sekolah. Hahahaha, nasib baik iman ni adalah mutiara. Kalau tak, mau pecah jugak perasaan marah ni kan??

Ok, jadi moral of the story, buka senang nak jadi guru Pendidikan Khas kalau korang tak bersemangat waja, tak berjiwa kental.. hikss :D

Tadaaaaa.. Jom mengauuum!!!! Harimau Malaya!!

Malaysiaaa..Malaysiaaa.. Kami di sini Malaysiaaa.. Malaysiaaa..Malaysiaaa.. Hidup matiku Malaysia


Gambar ni adalah ketika subjek PJ. Then, terus kena panggil cikgu Ma-lay-sia.. HAHAH xD


Pray for Harimau Malaya








Xx,

IZZATI

Monday, July 25, 2011

JOURNAL 55# GAYA TUDUNG KAHWIN MILLENNIUM

Assalammualaikum :)
Macam-macam idea & fesyen style tudung kawin untuk persandingan :)

 

 
Very futuristik kan?
Tema : space
Hehehehe....



Tema : cleopatra

Siapa berani cuba???? =)

Tapi, ape pun cara pemakaian hijab/shawl/tudung anda, pastikan ia berlunaskan Islam. Jangan jadi mangsa fesyen! ;)

Dan, yang pastinya.. bila saya nikah nanti saya nak jadi sesimple ini ..


Dan juga nak se'elegant' ini ...

Dan se'ayu' ini...

Dan se'unik' ini..


Adios,

Lastly,
Mak!!!!! mok kawen ;) hehehehhe

Xx,


Sunday, July 24, 2011

JOURNAL 54# DOA DIMURAHKAN REZEKI

" Ya Allah, sekiranya rezeki kami berada di langit, maka turunkanlah ia.
Jika ia berada di bumi, keluarkanlah ia. 
Dan, jika ia berada di lautan, munculkanlah ia. 
Sekiranya rezeki kami ada ditempat yang jauh, dekatkan lah ia.
Jika ia sedikit, banyakkanlah ia. 
Dan, jika caranya susah untuk sampai kepada kami, Kau mudahkanlah. 
Serta pindahkan rezeki tersebut kepada kami. Denagn kemuliaan dan RahmatMu 
Tuhan Yang Maha Kaya, Pemurah, lagi Maha Penyayang."
Amin...



Happy Belated Birthday to me, Kak g, Ckin, Along and Kak Long. Happy Becoming Birthday To Achik ;)
thank you Allah for all the rezekis & for our 12 years friendship. 

Wednesday, July 13, 2011

JOURNAL 53# WORDLESS WEDNESDAY

 

MIGRAIN! 


Monday, July 11, 2011

JOURNAL 52# ALMOST 12 YEARS OF FRIENDSHIP ;)

"It is one of the blessings of old friends that you can afford to be stupid with them" - Ralph Waldo Emerson
"Dont walk in front of me, i may not follow. Dont walk behind me, i may not lead. Walk beside me and be my friend" - Albert Camus

Hujung minggu : Mini reunion with old friends, transformers, shopping, menambah lemak di badan, celebrating birthdays, jalan2 cari pasal

*Achik, Alang, Kak Long, Kak g, & Along : Will miss all of u damn mucho! Tq for the ohsem weekend! XoXo



















LAGU “ARIF DAN MAJU”
TERSERGAM INDAH DI PETRA JAYA
LAMBANG KEMEGAHAN KITA SEMUA
NAMAMU HARUM KEKAL SENTIASA
ITULAH KOLEJ YANG KUCINTA
ARIF DAN MAJU SUNGGUH MENCABAR
KATA HIKMATMU MENYERU KAMI
AGAR BERSATU PADU
MENUJU MATLAMAT YANG SATU
PUTERA PUTERI JADI PENGHUNI
MENIMBA ILMU SEIKHLAS HATI
AGAR ESOK DAPAT BERBAKTI
KEPADA NUSA JUGA PERTIWI
KOLEJ KAMI OH KOLEJ KAMI
DEMI MENJAGA NAMA BAIKMU
BERSATU KITA MENDUKUNG KATA
ARIF DAN MAJU


Hugs & Kisses,


Sunday, July 10, 2011

JOURNAL 51# PESTA BENAK

Assalammualaikum wbt & selamat malam
Diberi kelapangan untuk menaip belog sekali lagi. Alhamdullilah ;)
Nak share pasal pesta benak yang berlaku minggu lepas. Harap tak terlambat.
Pesta benak tahun ni, berpeluang bukak booth (chocobeau)
Alhamdullilah, ade jugak la hasil. Bukan senang nak dpt keuntungan yang kira ok dalam masa 3 hari.
Tapi, pengalaman yang penting. Thn depan, dah tau dah nak berbukak booth mcm mana. Citarasa org2 tempatan dan sebagainya. Sebab sebelum ni hanya berniaga ONLINE.
Bukak booth jugak dikira sebagai mempromosikan CHOCOBEAU ;) Feedback pon ok.
Maxi dress yang paling banyak laku. Banyak permintaan jugak.

Pengalaman pertama adalah sangatt sangatt memenantkan. Tambahan pulak, memula, peralatan tak ckp. Takda kanopi, meja dan sebagainya.
Alhamdullilah, mak, kak idah, abah dan ahli keluarga yang lain bg support ;')
Pagi Sabtu tu pulak ada larian 1sukan 1murid. Memang sangatlah letih... Huhuhu tapi, sabar jelah

Org kata
"Tanpa pengorbanan Tiada kejayaan" :)

 

biskut loyangmamazahra.blogspot.com


: Pengalaman itu mematangkan kita :)
Love,
izzati

Tuesday, July 5, 2011

JOURNAL 50# Terapi Warna

Assalammualaikum & salam sejahtera.

Lama dah sebernanya nak post entry pasal terapi warna. Tapi asyik tak berkesempatan. Ni pun entah berapa lama simpan draft. Baru post :)
Pernah tak korang rasa macam moody semacam je kat tempat kerja?
Atau rasa kurang tenaga nak stadi/belaja??
Atau rasa lemau?

Jom, tengok pilihan warna untuk terapi mengikut kesesuaian hari :)

Dengan menggunakan beberapa peralatan canggih seperti Spectru Analyzer, kita dapat menentukan vibration visual light yang tersebar di atmosfera dalam sesuatu waktu atau keadaan .

Beberapa contoh penemuan saintifik adalah resonan warna terhadap sesuatu hari.

#Isnin --- Putih 


Mereka yang tidak cukup tidur pada malam sebelumnya (kerana hujung minggu) sering merasa letih dan tiada semangat untuk memulakan kembali rutin harian pada hari bekerja. Jika kita mempunyai rehat yang cukup, sepatutnya hari Isnin merupakan hari yang baik untuk mencetus idea baru, meransang semangat dan melahirkan azam baru. Warna putih adalah peransng kelenjar pineal dan kelenjar pituitari. Warna putih akan diserap oleh saraf sekiranya kita dalam keadaan yang relax.


*untuk memiliki baju putih seperti di atas, klik SINI :) 


#Selasa --- UNGU/MERAH JAMBU




Dengan berpakaian warna ungu, kuasa pujukan terhadap anak/ pelajar bertambah kuat. Begitu juga pujukan terhadap orang yang sakit atau orang yang ingin membunuh diri :) Mereka yang mengalami migrain akan berasa sedikit selesa pada hari Selasa jika memakain pakaian berwarna ungu/merah jambu. Hari selasa juga hari yang paling sesuai meluahkan emosi,dan perasaan kasih sayang. Rawatan yang sesuai yang dijalankan pada hari Selasa ialah migrain, ADHD, hiperaktif :)


*nak kurung moden yang cantik untuk raya nanti?? Klik SINI 


#Rabu --- biru




Warna Biru ialah warna peransang kelenjar tiroid. Pada hari Rabu didapati paras hormon thyroxine  yang dirembeskan oleh kelenjar tiroid berada pada tahap maximum. Paras thyroxine yang optimum membolehkan segala yang dihajati akan dapat diluahkan dengan berkesan. Oleh itu, hari Rabu sesuai untuk mesyuarat, perhimpunan, bersidang dan sebagainya :)


#Khamis --- Oren/Kuning


Warna kuning ialah warna ransangan sistem penghadaman dan warna oren ialah warna kesuburan.
Pada hari Khamis dinasihatkan agar tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang kepada sistem penghadaman untuk menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Barangkali, mungkin ini lah sebabnya kita digalakkan untuk berpuasa sunat setiap hari isnin dan KHAMIS. 
Warna oren meransang sistem kesuburan lelaki dan wanita. Oleh itu, hari Khamis ialah hari terbaik untuk merancang zuriat yang sihat :)


#Jumaat --- Hijau




Warna hijau boleh meransang tenaga untuk memberi fungsi kepada jantung dan paru-paru. Biasanya hari lain kita akan berasa lemas apabila berada di tempat awam yangsesak. Tetapi, pada hari Jumaat (solat Jumaat), jarang mendengar orang merungut kerana sesak di masjid atau pasar malam. 


#Sabtu --- merah




Organ yang berwarna merah banyak memberi peranan yang penting kepada tubuh, contohnya; darah, usus, dan saraf. Hari sabtu ialah hari yang paling sesuai untuk keluar bersisial, dan menjalankan aktiviti rekreasi. Warna merah boleh memberikan keceriaan kepada si pemakai.


#Ahad --- Hitam


Hari Ahad ialah hari beristirehat :) Luangkanlah masa bersama keluarga tercinta. Melakukan aktiviti lasak akan memudaratjkan tubuh badan. Memandangkan hari Ahad mempunyaio pergerakan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna hitam adalah sesuai untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada gelombang asing yang boleh memudaratkan.




*Pakaian tidak semestinya pada satu warna sahaja. Boleh dikenakan mengikut citarasa, tetapi dominankan warna yang resonan pada hari tersebut. Bagi wanita, shawl/tudung yang mennyamai hari tersebut juga sudah memadai :) Semoga kita dapat menjalani hidup dengan lebih ceria tanpa masalah emosi/mental yang semakin berleluasa!