Korang pernah rasa bosan tak kerana menghadap makanan yang sama setiap hari. Setiap hari makan Maggi, setiap hari makan sup ayam Apa kata cuba resipi baru..
IKAN PANGGANG MODEN!!
Bahan-bahan :
Ikan kembung/Ikan tenggiri
Perencah Ikan bakarADABI
Daun pisang/Aluminium Foil
Bahan-bahan air asam :
Bawang besar
Cili padi
Garam
Gula
Paste asam jawa ADABI
Air 3/4 cawan
Cara membuat ikan panggang:
1) Basuh ikan bersih-bersih
2) Peram ikan dengan perencah ikan bakar ADABI selama 8 minit
3) Bungkus dalam daun pisang. Kalo malas nak cari daun pisang, guna aluminium foil pun boleh
4) Panaskan kuali pemanggang. Dan letak sedikit mentega (guna minyak pun boleh)
5) Panggang ikan.
Cara membuat air asam :
1) Ambil satu sudu besar paste asam jawa dan gaulkan dengan air sehingga sebati
2) Masukkan bawang besar, cili, sedikit gula dan garan sebagai perisa.
3) Boleh di makan bersama ikan panggang
Tadaa!
Sedia untuk dijamu..
Tapi, untuk lebih sedap, korang try guna ikan kembung.
Ni perencah ikan bakar yang dimaksudkan :D
Okbai, semoga korang berhujung-minggu dengan indah :)
Much love,
xoxo ^__^
Click LIKE kalau korang dalam kategori suka makan
0 comments:
Post a Comment